Monday, December 18, 2017

khairilhalim

aku dan kehidupan

puasa

Posted by khairil On August - 11 - 2010

alhamdulillah…
akhirnye telah tiba bulan yang di tunggu-tunggu oleh semua umat islam di seluruh dunia, bulan ramadhan..di kesempatan ini saya mengucapkan semalamat menjalani ibadah puasa.

puasa bererti menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari dan disertakan dengan niat kerana Allah ta’ala.

puasa juga terbahagi kepada 4 bahagian

PUASA WAJIB

Puasa di bulan Ramadhan
Puasa Kifarat
Puasa Nazar

PUASA SUNAT

Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun hijrah)

PUASA MAKRUH

Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Aidil Adha
Puasa tiga hari sesudah hari raya Aidil Adha atau hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

SYARAT WAJIB PUASA
Berakal:Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan)
Akhil Baligh (cukup umur)
Islam
Kuasa berpuasa:Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya

SYARAT SAH PUASA
Islam
Berakal
Suci daripada haid atau nifas
Niat
Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATAL PUASA

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul)
Muntah dengan sengaja
Keluar mani dengan sengaja
Bersetubuh dengan sengaja
Berbuka sebelum sampai waktu
Murtad
Datang haid atau nifas
Bersalin

PERKARA MAKRUH SEMASA PUASA

Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari
Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri
Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk
Merasa makanan
Mengeluarkan darah seperti berbekam
Berlebihan berkumur-kumur

Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:

Orang yang sakit
Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km
Orang tua yang sudah lemah
Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak

PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI PUASA

Menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya. Sunat berbuka dengan buah tamar
Makan sahur dan melambatkannya (sekurang-kurangnya sahur minum sedikit air)
Membaca doa semasa berbuka:

“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”

Memberi makan/minum kepada orang yang berpuasa.
Maksud Hadis: Sesiapa yang memberi makan/minum orang yang berpuasa ia akan mendapat ganjaran pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu.
Segera mandi junub sebelum terbit fajar
Melebihkan belanja untuk perbelanjaan rumah tangga tetapi dilarang berlebih-lebihan dan jika membawa kepada pembaziran hukumnya haram
Membaca Al-Quran/Hadis, kitab-kitab dan buku yang mengandungi pelajaran
Beriktikaf di masjid

FADHILAT PUASA

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.”

Hadith 3

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: “Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti.”

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur.”

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya.”

(http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/puasa.asp)

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

    Edited by khairilhalim

    Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin