selamat petang semua pembaca weblog aku..
pada petang ini aku ingin berkongi dengan korang tentang rahmat hujan yang diturunkan oleh Maha Pencipta.
entry nie jg xde berkaitan dengan band hujan…hehe
hari nie aku rasa sangat tenang dan nyaman sekali ( mengatuk pun ade jg..yela,pose kan?hehe)
last2..aku terlena juga dengan keadaan cuaca yang begitu indah dan best…dengan keadaan studio yang xberapa terang..tambah lagi dengan selimut tebal..perghh…memang best la layan tidur..huhu
bila aku terjaga(sebab ade call dr lecture), aku tengok dekat luar tingkap..hujan dah turun dengan lebatnyer..patutla aku rase makin best tido..nie rumate aku, nadz nie mesti lagi enjoy tido..hehehe…
so, berbalik kepada niat aku mula2 tadi, aku ingin berkongsikan dengan semua tentang rahmat hujan..kadang2, ade juga yang mengeluh jika hujan..ade juga yang mengucap syukur..itu terpulanglah kepada setiap individu yang menilainya..tp bagi aku..hujan merupakan rahmat yang tidak terhingga.
Allah berfirman dalam Al-Quran
“tidaklah kamu melihat bahawa Allah mengerakkan awan, kemudian mengumpulkan antara(bahagian-bahagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) dari lagit, yaitu dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.”(24:43)