Wednesday, May 31, 2023

khairilhalim

aku dan kehidupan

Highrise-Skyville@Dawson

Posted by khairil On March - 16 - 2012 ADD COMMENTS

HDB by WOHA

 

 

DESIGN TEAM

Architects : WOHA
Location : Singapore
Client : Housing & Development Board
Civil & Structural Engineer : LBW Consultants LLP
Mechanical & Electrical Engineer : BECA Carter Hollings & Ferner (S. E. Asia) Pte Ltd
Quantity Surveyors : KPK Quantity Surveyors
Landscape Consultant : ICN Design International
Greenmark Consultant : BECA Carter Hollings & Ferner (S. E. Asia) Pte Ltd
Main Contractor : Hor Kew Private Limited

The design is focus on 3 themes which is:

-community-Each home is part of Sky Village; share natural ventilated community terrace and garden.

-variety-offer buyers flexible floor plans with a column free, beam free main space, eliminating waste and allowing diverse lifestyles

-sustainability.-awarded Singapore’s Platinum rating

 

Istana Negara

Posted by khairil On November - 17 - 2011 ADD COMMENTS

 

Istana Negara terletak Jalan Duta merupakan tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia dibangunkan di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagikan kepada empat sayap dan termasuk kawasan parkir.Istana ini secara rasminya dibukan pada 11 November 2011 dan digunakan sepenuhnya pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara yang lama.

 

Kompleks ini menelan belanja kira-kira RM800juta menerapkan ciri-ciri senibina timur tengah dan cirri-ciri senibina islam. Rekaan istana ini merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. Terdapat 3 pintu masuk utama iaitu:-

 

1. Pintu Gerbang Utama: Kegunaan yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-raja, ketua-ketua Negara dan ketua kerajaan.
2. Pintu ke-2: pintu masuk untuk tetamu-tetamu diraja
3. Pintu ke-3: Pintu masuk untuk kegunaan rakyat berurusan dengan yang di-Pertuan Agong

 

Rekaan senibina Istana Negara ini dapat dilihat berdasarkan bilangan kubahnya iaitu terdapat kira-kira 22 buah kubah.Terdapat 2 kubah utama dan besar di ilhamkan seperti sirih bertindih dan akan diterangi oleh lampu pada waktu malam bagi menyerlahkan lagi keunikan kubah tersebut. Pengunaan cahaya yang berlainan mengikut acara rasmi juga di gunakan bagi memberi suasana yang kelainan setiap acara. Rekaan lobi utama yang sangat tinggi (10 tingkat bangunan) yang menempatkan chandelier terbesar buatan tempatan. Kubah utama ini di sokong oleh tiang-tiang besar berbentuk bulat dan terdapat lukisan besar memaparkan sejarah Negara sejak kesultanan Melaka.

 

Semua bilik dan dewan di reka berdasarkan ciri-ciri Islam seperti corak geometri tiga dimensi, ukiran kalimah Allah. Tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang terpapar di sekeliling ruang dalaman dan bahagian Mihrab surau manakala Singgahsana yang menjadi tempat Bersemayam Seri Paduka Baginda di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta ini mempunyai ukiran tradisional Melayu serta tulisan khat 99 Nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran. Ukiran berkenaan dihasilkan oleh beberapa pengukir terkenal dari Terengganu dan Kelantan yang diakui sejak zaman-berzaman mempunyai hasil kerja bermutu tinggi.

 

Selain keunikan segi ukiran, lukisan dan hiasan dalaman yang dihasilkan dengan tangan sepenuhnya, keistimewaan lain yang terdapat pada Istana Negara ini adalah suasana alam semula jadi di sekelilingnya. Ini berikutan hanya sekitar 65 hektar sahaja yang digunakan bagi pembinaan bangunan manakala kawasan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon penampan untuk keselamatan. Persekitaran Istana Negara juga diperindahkan dengan sulaman lanskap lembut. (http://www.istananegara.gov.my)

Exterior dan Interior

 

architecture and lego

Posted by khairil On September - 10 - 2011 ADD COMMENTS

permainan LEGO merupakan permainan yang tidak asing lagi di seluruh dunia. permainan yang berasaskan bongkah-bongkah plastik ini semakin famous dan stylo. waktu sekolah dulu, aku sangat suka subjek kemahiran hidup (mase sekolah rendah la) kerana waktu ini lah aku dpt bermain lego seprti lego lanun dan mekanikal lego yang boleh bergerak..yela, nk beli sendiri mmg x mampu..jadi aku akan main bersungguh-sungguh waktu tu..haha..

Baru-baru ini (maybe dah lama kot) LEGO telah mengeluarkan produk rekaan diorng berkaitan dengan senibina.terdapat banyak rekaan bangunan yang terkenal seperti falling water_Frank Lloyd Wright,burj khalifa dubai_skidmore, Owings and Merrill,Seattle Space Needle_Edward E. Carlson and John Graham, Jr dan banyak lagi..

rakaan Lego yang sememangnya terperinci ini menarik minat aku untuk memilikinya suatu hari nanti..

 

institusi juvana remaja lelaki

Posted by khairil On May - 8 - 2011 ADD COMMENTS

salam seme..

hari ini aku nak kongsikan bersama tentang tesis aku di UTM..sedar tak sedar, rupanya dah dekat 5 tahun aku belajar di universiti nie, selama 5 tahun nie juga la aku mengenal erti kehidupan dalam jadual waktu sebagai seorang arkitek..ye la, time table mesti selalu berlainan daripada orang lain..di pendekkan cerita, tahun akhir nie aku membuat kajian tentang kanak-kanak jahat nakal..tajuk tesis aku adalah ‘juvenile delinquent institution for boys’ ataupun dalam bahasa ibunda adalah ‘institusi juvana remaja lelaki’..

jadi seperti biasa perjalanan tesis untuk pelajar-pelajar senibina ini terbahagi kepada 2 bahagian penting(2 semester la)..sebelum ni aku pernah post pasal krit 1. buat rakan-rakan yang tak tahu ape tu krit, krit tu sama la mcm pembentangan kertas kerja + komen-komen yang serius..hehe..

jadi selama 4 bln untuk 1st stage dan 4 bln lagi utk 2nd stage, bermacam-macam dugaan la..stakat tukar site tu, aku tukar dkt 2, 3 kali jg sbb xde strong justification(slh aq jg la..huhu)..tp xpe, tu semua tu adalah cabaran dalam menjayakan tesis ini..bagi tesis ini, aku pilih area yang betul-betul black area dengan student nakal + x brapa ganas la..sbb kalau ganas sangat nanti akan jadi kes polis.. kajian aku ini hanya di bawah pemerhatian jabatan kebajikan masyarakat je..

kajian tesis ini juga bertujuan untuk meninjau dan memberi gambaran tentang permasalahan remaja ini dan menyelesaikannya dari sudut senibina.

 

 

Antilia House

Posted by khairil On October - 16 - 2010 ADD COMMENTS

Rumah Antilia ini merupakan rumah milik seorang jutawan india

Mukesh Ambani (Chairman of Reliance Industries) ranking ke-4 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan AS$28.8 bilion (88.8RM bilion).  Rumah Antilia ini direka oleh arkitek Perkins & Will dengan ketinggian 27 tingkat(setinggi 173.73 meter dan seluas 3,437 meter persegi.) Antilia dilegkapi dengan kelab kesihatan, gimnasium, studio tarian,  satu kolam renang dan panggung wayang berkapasiti 50 tempat duduk.

Antilia juga turut mempunyai tiga tempat pendaratan helikopter, 160 ruang tempat meletak kenderaan, sembilan lif dan empat taman tergantung.dan anggaran pekerja untuk menjaga maintenance rumah ini ialah 600 orng(perghh….)

Related Posts with Thumbnails
    Edited by khairilhalim

    Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin