Istana Negara terletak Jalan Duta merupakan tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia dibangunkan di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagikan kepada empat sayap dan termasuk kawasan parkir.Istana ini secara rasminya dibukan pada 11 November 2011 dan digunakan sepenuhnya pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara yang lama.
Kompleks ini menelan belanja kira-kira RM800juta menerapkan ciri-ciri senibina timur tengah dan cirri-ciri senibina islam. Rekaan istana ini merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. Terdapat 3 pintu masuk utama iaitu:-
1. Pintu Gerbang Utama: Kegunaan yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-raja, ketua-ketua Negara dan ketua kerajaan.
2. Pintu ke-2: pintu masuk untuk tetamu-tetamu diraja
3. Pintu ke-3: Pintu masuk untuk kegunaan rakyat berurusan dengan yang di-Pertuan Agong
Rekaan senibina Istana Negara ini dapat dilihat berdasarkan bilangan kubahnya iaitu terdapat kira-kira 22 buah kubah.Terdapat 2 kubah utama dan besar di ilhamkan seperti sirih bertindih dan akan diterangi oleh lampu pada waktu malam bagi menyerlahkan lagi keunikan kubah tersebut. Pengunaan cahaya yang berlainan mengikut acara rasmi juga di gunakan bagi memberi suasana yang kelainan setiap acara. Rekaan lobi utama yang sangat tinggi (10 tingkat bangunan) yang menempatkan chandelier terbesar buatan tempatan. Kubah utama ini di sokong oleh tiang-tiang besar berbentuk bulat dan terdapat lukisan besar memaparkan sejarah Negara sejak kesultanan Melaka.
Semua bilik dan dewan di reka berdasarkan ciri-ciri Islam seperti corak geometri tiga dimensi, ukiran kalimah Allah. Tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang terpapar di sekeliling ruang dalaman dan bahagian Mihrab surau manakala Singgahsana yang menjadi tempat Bersemayam Seri Paduka Baginda di Balairong Seri Istana Negara, Jalan Duta ini mempunyai ukiran tradisional Melayu serta tulisan khat 99 Nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran. Ukiran berkenaan dihasilkan oleh beberapa pengukir terkenal dari Terengganu dan Kelantan yang diakui sejak zaman-berzaman mempunyai hasil kerja bermutu tinggi.
Selain keunikan segi ukiran, lukisan dan hiasan dalaman yang dihasilkan dengan tangan sepenuhnya, keistimewaan lain yang terdapat pada Istana Negara ini adalah suasana alam semula jadi di sekelilingnya. Ini berikutan hanya sekitar 65 hektar sahaja yang digunakan bagi pembinaan bangunan manakala kawasan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon penampan untuk keselamatan. Persekitaran Istana Negara juga diperindahkan dengan sulaman lanskap lembut. (http://www.istananegara.gov.my)
Exterior dan Interior